Thursday, February 04, 2010
Perbicaraan Kes Liwat Saiful-Dato' Seri Anwar
salam~Perbicaraan kes liwat (yang dibuat-buat) dah bermula!
oh yaaaa... saya sangat berminat! bukan sebab isu itu, tapi saya nak kaji kes ini dan tuduhan kes liwat tahun 1998. persamaan, perbezaan, penipuan, dan segala-galanya. saya ingin mengkaji kes ini dari sudut pandang kedua-dua belah pihak.
maka ini bermakna saya tak boleh berat sebelah, kena bersikap neutral dalam kajian.
tapi saya memang pun dah berat sebelah. camne ni? haih..
takpe, kajian mesti diteruskan.. dan saya akan pastikan modul sejarah diperbaharui, dan bahan penting dimasukkan. fakta yang dimasukkan dalam buku menghidupkan kesedaran.
sejarah sepatutnya begitu. menimbulkan minat dan cinta pada agama dalam mempertahankan negara. menghidupkan rasa penghargaan buat mereka yang terlibat dalam sesuatu kejayaan. menjadikan tokoh itu sebagai idola dengan mengikuti jejak langkah mereka.
bukannya belajar sejarah kerana peperiksaan. heh.
sistem pembelajaran yang menumpukan kepada peperiksaan semata-mata seharusnya dipinda!
anda bersama saya?
Labels: thought
I ended @ 8:14 PM